moving on

Aku akan pergi membawa hati ini untuk dipulihkan atau mungkin hati ini tidak mampu lagi untuk dipulihkan. Itu semua biar masa sahaja yang tentukan segalanya.
Bukan ini masa nya untuk menunding jari atau mempersalahkan diri , ini lah masa nya untuk mencari kembali serpihan-serpihan yang masih ada..Fikir kan apa yang terbaik untuk masing-masing .

Namun,untuk masa ini aku akan membawa diri ..Tidak jauh namun tidak juga dekat ..

Yang pasti,Aku akan kembali. Bila? Terpulang.. Mungkin bila aku mendengar rayuan ikhlas dari hatimu yang merindui aku setulusnya atau Mungkin setelah hati ini pulih sepenuhnya untuk berdiri sendiri setelah sekian lama disakiti.